Kami menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang anda berada di Janda Baik
|
White Water Rafting |
Antara aktiviti yang mesti dilakukan ketika berada di Janda Baik adalah bermain White Water Rafting. Terdapat beberapa resort dan chalet yang menawarkan aktiviti yang menarik ini. Alami kederasan air Sungai Cherengin dan Sungai Sum Sum yang pasti mengujakan para pengunjung yang menyertai aktiviti lasak ini.
|
Makan Durian atau Buahan Tempatan |
Jika berkesempatan, para pengunjung juga berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang ditanam di sekitar Janda Baik. Buah durian dari pelbagai baka ada dijual di sini. Tidak juga dilupakan buah-buahan tempatan lain seperti Ciku, Langsat, Dokong, Rambutan, Manggis, Kundang dan lain-lain.
|
Berkhemah |
Bagi mereka yang ingin menginap di Janda Baik dan ingin sesuatu yang mencabar, bolehlah berkhemah di sini. Sewaan khemah juga ada disediakan bagi mereka yang tidak sempat untuk membawanya dari rumah masing-masing. Anda pasti perlu membawa selimut tebal kerana cuaca di sini sangat sejuk ketika waktu malam dan dinihari.
|
Jungle Walk |
Ingin melihat keindahan flora dan fauna di kawasan tinggi Janda Baik? Anda boleh datang secara berkumpulan dan kami akan sediakan pembantu untuk mengenalpasti kawasan-kawasan yang menarik di sekitar Janda Baik dengan kadar harga yang berpatutan.
No comments:
Post a Comment